Site icon TechNave BM

vivo V50 Lite dilancar di Malaysia: Dimensity 6300, skrin AMOLED 120Hz bermula RM1,299

Selepas memperkenalkan siri vivo V50 pada bulan lalu, vivo Malaysia melancarkan satu lagi varian iaitu vivo V50 Lite. Dengan harga bermula RM1,299, ini merupakan varian yang paling murah dalam siri V50 dan ia tidak mempunyai fungsi kamera ZEISS seperti yang terdapat pada vivo V50 dan vivo V50 Pro.

Antara tarikan telefon ini adalah kapasiti baterinya yang besar, 6,500mAh (boleh menonton video sehingga 27 jam), dan menyokong kadar pengecasan yang sangat tinggi iaitu 90W. vivo mengatakan pengecasan selama 23 minit sudah cukup untuk mengecas 0% hingga 50%, manakala pengecasan penuh mengambil masa 52.5 minit.

Selain itu, ia mempunyai ketahanan bertaraf tentera yang membuktikan rekaan tahan lasak, serta rating kalis air dan debu IP65. Ia ditawarkan dalam warna emas Titanium Gold, ungu Fantasy Purple dan hitam Phantom Black.

Skrinnya menggunakan panel AMOLED berukuran 6.77 inci dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,800 nits. Untuk audio pula, ia mempunyai pembesar suara stereo yang boleh menjana volume sehingga 400%.

Cipsetnya pula menggunakan MediaTek Dimensity 6300, yang menawarkan prestasi tinggi untuk kegunaan harian. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

vivo Malaysia kini menganjurkan promosi awal untuk vivo V50 Lite sehingga 4 Mei 2025, di mana setiap pembelian akan menerima hadiah bernilai lebih RM2,300. Ini termasuklah vivo Care+ Warranty, sepasang vivo Buds, beg Duffel dan rebat tunai RM100. Terdapat juga promosi pertukaran (trade-in) dan warantinya boleh dipakai di beberapa negara.

Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version