vivo Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar vivo V60 tidak lama lagi, namun tarikh pelancarannya masih belum didedahkan. Ini bakal menjadi telefon terbaru dalam siri vivo V selepas vivo V50 yang dilancar pada bulan Mac lalu.
vivo juga sudah berkongsi beberapa maklumat mengenai fungsi dan spesifikasinya. vivo mengatakan vivo V60 bakal dilengkapi tiga kamera di belakang, berbeza dengan vivo V50 yang mempunyai dua kamera sahaja. V60 bakal mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 50MP serta bakal mengekalkan talaan imej ZEISS untuk kameranya.
Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4 yang lebih pantas daripada Snapdragon 7 Gen 3 pada vivo V50. Kapasiti baterinya pula ialah 6,500mAh, iaitu 500mAh lebih besar berbanding V50. Kadar pengecasannya pula ialah 90W.
Rekaannya ditawarkan dalam pilihan warna ungu Berry Purple, kelabu Mist Gray dan biru Summer Blue. Ia akan mempunyai rating kalis air IP689 dan IP69.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

