vivo telah melancarkan vivo V60 Lite 4G di Turki, hanya beberapa hari selepas varian 5G diperkenalkan di Taiwan. Kedua-dua model mempunyai rekaan yang sama dengan versi 4G hadir dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.77 inci, kadar segar semula 120Hz, pensijilan SGS Low Blue Light, ketahanan gred tentera (MIL-STD-810H) serta perlindungan IP65 daripada air dan habuk.
Ia dikuasakan cip Snapdragon 685 4G bersama Qualcomm AI Agent, dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB (ditambah RAM maya 8GB) serta storan dalaman UFS 2.2 256GB, namun tanpa sokongan kad microSD. Peranti ini menggunakan FuntouchOS 15 berasaskan Android 15.
Untuk fotografi, V60 Lite 4G menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX882 dan kamera ultra lebar 8MP, manakala kamera hadapan menawarkan sensor 32MP. Ia turut dilengkapi pelbagai fungsi berasaskan AI seperti Smart Eraser 3.0, AI Subtitles dan Google Gemini Live. Bateri BlueVolt 6,500mAh dengan pengecasan pantas 90W membolehkan pengecasan penuh dalam 55 minit dan menawarkan tontonan YouTube sehingga 27.5 jam.
Daripada segi sambungan, ia menyokong Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth 5.0, USB 2.0 dengan OTG, GPS dan NFC. Dijual pada harga 21,999 TL (~RM2,240.47), ia ditawarkan dalam warna Titanium Blue dan Titanium Black dengan konfigurasi tunggal 8GB + 256GB di laman rasmi vivo.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina

