Site icon TechNave BM

vivo V60 rasmi di Malaysia dengan kamera ZEISS 50MP dan pengecasan 90W bermula RM1,899

vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo V60 yang hadir dengan teknologi kamera hasil kerjasama bersama ZEISS dan menawarkan ketahanan bertaraf andalan. vivo V60 menampilkan tiga lensa utama yang terdiri daripada ZEISS Super Telephoto Camera 50MP dengan sensor Sony IMX882, bukaan f/2.65 dan rekaan periskop yang menyokong zum sehingga 10x serta 100x AI zoom.

Turut melengkapinya ialah ZEISS OIS Main Camera 50MP berasaskan sensor Sony IMX766 dan 8MP ZEISS Ultra Wide-Angle Camera. Selain itu, ciri Super Telephoto Enhancement membolehkan zum sehingga 100x dengan bantuan AI manakala fungsi seperti AI Erase 3.0, AI Magic Move dan AI Photo Enhance memudahkan pengguna menghasilkan gambar lebih kreatif.

Selain itu, ia dikuasakan Snapdragon 7 Gen 4 dengan RAM sehingga 12GB + 12GB RAM maya dan storan sehingga 512GB. Menariknya, vivo V60 tampil dengan Diamond Shield Glass, penarafan IP68 dan IP69 serta struktur penyerap hentakan dalaman yang menjadikannya telefon paling tahan lasak dalam siri V. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Berry Purple, Summer Blue dan Mist Gray.

Baterinya berkapasiti 6500mAh dengan sokongan 90W FlashCharge disertai ciri penjimatan kuasa pintar untuk memastikan ketahanan sehingga empat tahun. Bagi produktiviti, vivo V60 disertakan Google Gemini serta ciri AI seperti Smart Call Assistant, AI Captions, dan AI SuperLink yang dioptimumkan khas untuk laluan MRT Kajang bagi pengalaman rangkaian lebih lancar.

Peranti ini juga dijanjikan 4 kali kemas kini OS dan 6 tahun kemas kini keselamatan. Di Malaysia, vivo V60 dijual pada harga RM1,999 (12GB + 256GB), RM2,299 (12GB + 512GB) dan RM1,899 (8GB + 256GB) untuk edisi eksklusif dalam talian.

Spesifikasi lengkap vivo V60:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version