Site icon TechNave BM

vivo V60e akan dilancar pada 7 Oktober 2025, dilengkapi kamera 200MP

Selepas melancarkan siri vivo V60 pada bulan Ogos lalu, kini vivo akan melancarkan sebuah varian baharu iaitu vivo V60e. Ia akan diperkenalkan buat kali pertama di India pada 7 Oktober 2025.

Ciri utama pada vivo V60e adalah kamera utama 200MP di bahagian belakang yang turut didampingi oleh kamera ultra-lebar 8MP dan lampu denyar (flash) Aura Light. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 50MP. Seperti vivo V60 asal, vivo V60e mempunyai fungsi suntingan gambar AI Four-Season Portrait yang boleh ubah latar belakang gambar kepada musim panas, sejuk, luruh atau bunga.

Pilihan warna vivo V60e

Ia akan ditawarkan dalam warna ungu Elite Purple dan emas Noble Gold. Antara spesifikasi yang terdapat pada telefon ini termasuklah bateri 6,500mAh, pengecasan pantas 90W, sistem operasi Funtouch OS 15 dan rating kalis air IP68/IP69.

Telefon ini akan menerima kemas kini Android utama selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama lima tahun. Setakat ini masih tiada maklumat jika vivo V60e akan ditawarkan dalam pasaran Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo V60e dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version