Site icon TechNave BM

vivo V70 dan V70 Elite rasmi dengan kamera Zeiss 50MP dan bateri 6,500mAh bermula ~RM1,975

vivo secara rasmi melancarkan siri baharu V70 di India yang merangkumi dua model iaitu vivo V70 dan vivo V70 Elite dengan fokus utama kepada fotografi, prestasi dan ketahanan bateri. Kedua-dua model dilengkapi paparan AMOLED 6.59 inci beresolusi tinggi dengan kadar segar semula 120Hz.

Siri ini menggunakan rangka logam premium serta hadir dengan penarafan kalis air dan debu IP68/IP69. Untuk fotografi, kedua-dua peranti menggunakan sistem kamera utama 50MP dengan optik Zeiss, disokong lensa ultra lebar dan telefoto. Kamera hadapan juga menggunakan sensor 50MP untuk swafoto.

vivo V70 Elite dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3 manakala vivo V70 menggunakan Snapdragon 7 Gen 4. Kedua-duanya digandingkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB. Siri ini turut menampilkan bateri berkapasiti besar 6,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W.

Peranti menjalankan sistem operasi Android 16 dan vivo menjanjikan sokongan kemas kini keselamatan sehingga enam tahun. vivo V70 ditawarkan pada harga ₹45,999 (~RM1,975) untuk varian 8/256GB dan ₹49,999 (~RM2,146) untuk varian 12/256GB manakala vivo V70 Elite pula berharga ₹51,999 (~RM2,232) untuk 8/256GB, ₹56,999 (~RM2,447) untuk 12/256GB dan ₹61,999 (~RM2,662) untuk 12/512GB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo

Exit mobile version