Site icon TechNave BM

vivo V70 FE: Jualan rasmi bermula dengan kamera 200MP dan siri jelajah bersama DOLLA

vivo Malaysia memulakan jualan pertama untuk vivo V70 FE dengan fokus utama pada keupayaan kamera 200MP serta penglibatan pengguna melalui kempen fotografi berskala nasional. Jualan ini turut disokong jerayawara di vivo Concept Store seluruh negara termasuk penampilan khas kumpulan DOLLA pada 18 April.

vivo V70 FE dilengkapi kamera utama 200MP OIS Ultra-Clear bersama sistem pengimejan berasaskan AI yang disasarkan untuk menghasilkan imej lebih terperinci termasuk dalam keadaan pencahayaan mencabar. Seiring pelancaran, vivo bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk menganjurkan kempen “See the Beauty of Malaysia in 200MP” bermula 20 April hingga 10 Mei 2026.

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna telefon pintar dan memfokuskan kepada kandungan berasaskan budaya tempatan termasuk pakaian tradisional, aktiviti jalanan dan mercu tanda negara. Penyertaan dibuat melalui media sosial menggunakan tanda pagar yang ditetapkan dengan hadiah utama sebuah vivo V70 FE serta ganjaran wang tunai untuk pemenang terpilih.

Dari sudut komersial, vivo menawarkan pakej jualan pertama dengan nilai hadiah sehingga RM1,027 termasuk aksesori seperti fon telinga dan jam pintar selain waranti lanjutan selama 365 hari serta perlindungan skrin selama 180 hari. Rebat tambahan RM100 turut disediakan tertakluk kepada ketersediaan stok.

Pilihan pembelian dipermudahkan melalui pelan ansuran 0% bersama beberapa bank tempatan serta sokongan Buy Now, Pay Later melalui platform seperti SPayLater dan Grab PayLater. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version