Site icon TechNave BM

vivo Watch 3 dilancarkan: Dilengkapi Blue OS, eSIM dan hayat bateri 16 hari bermula ~RM710

Selain daripada pelacaran siri vivo X100 terbaharu, vivo juga telah mengeluarkan jam tangan pintar vivo WATCH 3 secara rasmi. Menurut laporan, vivo WATCH 3 menggunakan cermin kaca melengkung 3D dan dilengkapi dengan mahkota (crown) digital keluli tahan karat.

vivo WATCH 3 menampilkan skrin 1.43 inci dengan resolusi 466 x 466 piksel dan mod paparan paparan sentiasa hidup. Baterinya berkapasiti 505mAh dan vivo mendakwa bahawa Watch 3 boleh bertahan selama 16 hari dengan sekali cas. Selain itu, jam tangan pintar ini dilengkapi dengan sistem operasi Blue yang dibangunkan sendiri buat kali pertama.

Walaupun jam tangan ini hadir dengan satu reka bentuk, talinya boleh ditukar untuk memadankan antara mod perniagaan atau sporty. Apabila menggantikan tali, vivo Watch 3 akan mencadangkan muka jam untuk anda tukar bergantung pada jenis tali yang baru anda pasangkan.

Ia telah menambah kedai aplikasi jam tangan baharu dan bekerjasama dengan aplikasi terkenal utama. Pengguna boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Alipay atau Peta Baidu dan ia menyokong penggunaan eSIM.

Untuk komunikasi, anda boleh menerima mesej dan membuat panggilan dengan mengangkat tangan anda. Peranti ini memiliki lebih daripada 100 mod sukan, dilengkapi dengan jurulatih larian AI profesional dan pengguna boleh menyesuaikan pelan latihan eksklusif.

vivo WATCH 3 versi Bluetooth bermula pada 1,099 yuan (~RM710) dan versi eSIM bermula pada 1,299 yuan (~RM839). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo WATCH 3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version