Site icon TechNave BM

vivo WATCH dilancar: Jam tangan pintar dengan skrin AMOLED, dibuat daripada seramik berharga ~RM800

vivo hari ini telah melancarkan jam tangan pintar vivo WATCH yang menampilkan rekaan mewah serta spesifikasi teknologi yang canggih. Rekaan luaran jam ini diperbuat daripada seramik dan besi tahan karat, manakala dalamannya pula dilengkapi enam sensor iaitu oksigen dalam darah, accelerometer, tekanan udara, geomagnetism, cahaya persekitaran dan kedudukan.

Ia terdapat dalam dua varian saiz, iaitu skrin 1.19 inci beresolusi 390×390 dan 1.39 inci beresolusi 454×454 di mana kedua-duanya mempunyai teknologi AMOLED. Tali jam tangan vivo WATCH turut ditawarkan dalam dua jenis iaitu kulit Nappa leather dan Fluoroelastomer.

Jam tangan ini turut mempunyai fungsi pengawasan kalori, pemain lagu muzik dan skrin sentiasa terpasang (always-on-display). Ia mempunyai bateri yang boleh tahan sehingga 18 hari, ketahanan air sehingga 5atm, NFC serta sistem bantuan AI vivo yang bernama Jovi.

vivo WATCH akan mula dijual di pasaran China pada harga CNY1,299 (~RM800) namun masih tiada maklumat setakat ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo WATCH dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version