Site icon TechNave BM

vivo Watch GT dilancar di Malaysia: Berat 33g, bateri 21 hari, 100 mod sukan bermula RM499

Selain vivo X200 FE, vivo Malaysia hari ini turut melancarkan seutas jam tangan pintar baharu iaitu vivo Watch GT. Ini merupakan jam tangan vivo pertama yang mempunyai reka bentuk bersegi empat serta dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan canggih.

Jam tangan ini mempunyai berat 33 gram sahaja dan dibuat dengan keluli tahan karat. Dengan pengecasan penuh, baterinya boleh bertahan selama 21 hari dan vivo mendakwa ia merupakan hayat bateri yang paling lama untuk kelas produk ini.

Ia menyokong lebih 100 mod sukan, termasuklah enam mod sukan profesional seperti badminton, tenis dan pickleball. Jam ini boleh menjejak ukuran terperinci seperti jumlah ayunan dan pecahan gaya pukulan.

Selain itu, ia turut mempunyai fungsi penjejakan tidur, pengukur degupan jantung, pengukur tahap oksigen dalam darah, penjejakan tidur, kawalan jauh untuk kamera dan klon kad NFC.

vivo Watch GT ditawarkan dalam dua pilihan warna di Malaysia iaitu Putih Awan (RM549) dan Hitam Suria (RM499). Anda boleh beli produk ini di kedai konsep vivo, peruncit rasmi, laman web vivo Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version