Site icon TechNave BM

vivo Wireless Sport Earphone mula dijual di Malaysia: Audio Hi-Res, IP55 berharga RM299

Nama vivo sememangnya lebih sinonim dengan pasaran telefon pintar. Namun, vivo mengambil langkah yang lebih maju dengan mengeluarkan beberapa produk pintar lain seperti fon telinga. Terkini, vivo baru sahaja mengumumkan Wireless Sport Earphone yang berharga RM299 di pasaran Malaysia.

Seiring dengan namanya, Wireless Sport Earphone direka untuk pengguna yang kerap bersenam sambil mendengar muzik. Reka bentuk jalur leher baju hadir ini dengan pilihan warna Dark Grey bersama rating tahan air dan habuk IP55.

Selain direka dengan binaan aloi aluminium dan PC_ABS, ia turut dilengkapi teknologi pengekodan audio LDAC yang memberi kualiti audio bagus. Terdapat juga pengurangan hingar, sambungan Bluetooth 5.0 dan sokongan cas pantas USB-C. Menurut vivo, anda boleh mendengar lagu sehingga 4 jam untuk kuasa 5 minit pengecasan.

Anda boleh ke laman rasmi vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Wireless Sport Earphone. Untuk membelinya, anda boleh ke laman vivo rasmi, Lazada atau Shopee.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version