Site icon TechNave BM

vivo X Fold+ dilancar: SD 8+ Gen 1, skrin LTPO 8″ 120Hz dan kamera 50MP bermula ~RM6,435

vivo X Fold+ secara rasmi telah dilancarkan dengan warna dan cipset serba baharu. Ia menggunakan Snapdragon 8+ Gen 1 yang menjanjikan pengurangan 30% dalam penggunaan kuasa ditambah dengan peningkatan prestasi sebanyak 10% .

Selain cipset, baterinya juga mendapat peningkatan kepada 4,730mAh. Pengecasan berwayar menyokong 80W di mana ia mencapai 70% dalam 18 minit dan pengecasan penuh mengambil masa 35 minit. Pengecasan wayarles kekal pada 50W.

X Fold+ mempunyai paparan boleh lipat 8 inci dengan Ultra Thin Glass (UTG) dan panel LTPO 1-120Hz. Ia juga mempunyai paparan kedua bersaiz 6.53 inci yang menampilkan pengimbas cap jari ultrasonik. Engsel boleh kekal terbuka pada beberapa sudut berguna untuk tontonan dan panggilan video.

Bahagian belakangnya terdapat kamera utama 50MP (1/1.57” sensor GN5, 1.0µm, f/1.75 OIS), ultra lebar (114°) 48MP dan dua kamera telefoto iaitu dengan satu kamera 12MP dengan lensa 47mm untuk potret serta satu kamera periskop 8MP dengan pembesaran 5x (sehingga 60x zum digital) OIS.

X Fold+ hadir dengan jalur warna baharu dipanggil Huaxia Red. vivo telah menyediakan sarung pelindung kulit tiruan yang sepadan dengan telefon. Varian standard 12/256GB berharga CNY 10,000 (~RM6,435), varian 12/512GB ialah CNY 11,000 (~RM7,078).

Adakah anda menantikan telefon ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version