Site icon TechNave BM

vivo X Fold diumum, miliki skrin 2K 8”, kamera 50MP dan pengecasan 80W

Dalam acara Spring Product Launch, vivo telah melancarkan beberapa peranti di mana salah satunya merupakan vivo X Fold yang membawa reka bentuk segi empat sama dan bulat paras langit (sky-level). 

Ia mempunyai modul kamera berbentuk bulat (dibangunkan oleh Zeiss) dan tekstur kulit standard di bahagian belakang. Peranti dilengkapi dengan skrin lipat super-sensing baharu antara pembukaan dan penutupan manakala di bahagian bawah peranti terdapat port dan pembesar suara USB-C.

Ia menampilkan skrin OLED External 6.53 inci yang menyokong resolusi FHD+ dengan satu lubang (punch-hole) di bahagian atas dan skrin UTG E5 LTPO 8 inci di bahagian dalam yang menyokong resolusi 2K. Peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari dwi ultra-sonic di dalam skrin. Peranti ini agak nipis membawa ketebalam 628mm sahaja.

Spesifikasi lain termasuk bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 80W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W, kamera utama 50MP 1/1.5” + lensa sudut ultra-lebar 48MP + lensa telefoto 12MP (2x Zum) + lensa panjang fokus penuh 8MP (5x zum).

Seterusnya, vivo Pad telah didedahkan dan bakal dilancarkan 11 April nanti. Namun, kami masih menunggu maklumat baharu mengenai vivo Pad menjelang pelancarannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: MyFixGuide

Exit mobile version