Site icon TechNave BM

vivo X Fold2 muncul di Geekbench dengan cipset SD 8 Gen 2, bakal dilancar 20 April ini

vivo X Fold2 telah dilihat pada penyenaraian Geekbench dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan RAM 12GB. Cipset ini popular untuk digunakan pada telefon andalan tetapi kali ini kita lihat ia digunakan pada telefon yang boleh dilipat. vivo X Fold2 akan dilancarkan di China pada 20 April bersama X Flip dan Pad 2.

Untuk spesifikasi, vivo X Fold2 dijangka mempunyai paparan AMOLED E6 8.03 inci boleh lipat di bahagian dalam dan AMOLED E6 6.53 inci di bahagian luar. Kedua-duanya akan mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin. Daripada segi kamera, X Fold2 akan mempunyai kamera utama IMX866 50MP, dua kamera IMX663 12MP untuk ultralebar dan zum 2x.

Untuk kamera swafoto, terdapat dua kamera 32MP pada setiap paparan. Baterinya mungkin berkapasiti 4,800 mAh dengan sokongan pengecasan wayarles 120W dan 50W. Akhir sekali, vivo berkata peranti boleh lipat baharu akan menjadi 10% lebih ringan kerana menggunakan rekaan engsel yang telah dikemas kini.

Tidak diketahui sama ada X Fold2 akan dipasarkan untuk pasaran global tetapi kita perlu menunggu kenyataan rasmi daripada vivo Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version