Site icon TechNave BM

vivo X Fold3 Pro mungkin bakal jadi telefon lipat pertama dengan Snapdragon 8 Gen 3

Maklumat awal mengenai telefon pintar lipat vivo X Fold3 kini sudah mula tertiris dalam platform media sosial Weibo. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, ia bakal ditawarkan dalam dua varian pertama iaitu vivo X Fold3 dan vivo X Fold3 Pro.

Menurutnya, vivo X Fold3 Pro bakal menjadi telefon lipat pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, manakala vivo X Fold3 bakal menggunakan cipset generasi sebelumnya iaitu Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Meskipun dengan perbezaan generasi, kedua-dua telefon masih boleh menghasilkan prestasi yang sangat pantas untuk kegunaan harian.

Beliau juga telah berkongsi rekaan telefon lipat ini, di mana ia bakal mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat yang menempatkan tiga lensa dan sebuah logo Zeiss, menunjukkan kerjasama teknologi fotografi di antara vivo dengan Zeiss. vivo X Fold3 bakal menjadi telefon lipat gaya “Fold” yang paling ringan dan nipis.

Rekaan vivo X Fold3 yang tertiris

Spesifikasi kamera juga turut dikongsi oleh Digital Chat Station, di mana vivo X Fold3 Pro akan dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 64MP, manakala vivo X Fold3 pula dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 50MP.

Kedua-dua telefon ini dijangka akan dilancar pada bulan ini. Sebelum ini, vivo X Fold2 telah dilancar pada bulan April 2023 di China jadi kita boleh jangkakan masa yang serupa untuk vivo X Fold3 pada tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version