Site icon TechNave BM

vivo X Fold5 rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 3, kamera ZEISS 50MP berharga RM6,999

vivo Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar lipat pertamanya untuk pasaran tempatan dengan vivo X Fold5. Dengan berat hanya 217g, ia merupakan peranti lipat paling ringan pernah dikeluarkan oleh vivo dan ia lebih ringan berbanding banyak telefon mercu terdahulu.

Antara kelebihan utama termasuk paparan ultra terang dengan kecerahan sehingga 4500 nits, ketahanan engsel sehingga 600,000 lipatan dan perlindungan gred tinggi terhadap air, habuk serta suhu ekstrem. Ia menampilkan paparan utama 8.03 inci dan paparan penutup 6.53 inci yang kedua-duanya menyokong kadar segar semula 120Hz, resolusi 2K+, HDR10+ dan Dolby Vision.

Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama RAM LPDDR5X 16GB dan storan UFS 4.1 512GB. Baterinya pula adalah antara terbesar untuk kategori telefon lipat dengan kapasiti 6000 mAh yang sokongan pengecasan pantas 80W berwayar dan 40W wayarles.

Kameranya pula tiba dengan talaan ZEISS yang menawarkan sistem tiga kamera 50MP termasuk kamera utama Sony IMX921 dengan teknologi VCS True Color, kamera ultra lebar 120° dan kamera telefoto dengan zum optik 3x serta HyperZoom 100x. Salutan khas ZEISS T juga digunakan bagi mengurangkan silau dan meningkatkan ketepatan warna imej.

vivo kini membawakan ciri seperti Origin Workbench untuk jalankan sehingga lima aplikasi serentak, vivo DocMaster bagi suntingan dokumen dan anotasi PDF serta pembantu AI seperti Smart Call Assistant dan AI Transcript Assist. Turut disertakan ialah integrasi dengan Google Gemini. vivo X Fold5 boleh mula ditempah mulai 29 Julai 2025 pada harga RM6,999.

Spesifikasi lengkap vivo X Fold5:

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai promosi eksklusif di Kedai Konsep vivo dari 2 Ogos hingga 1 September 2025 seperti:

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari laman rasmi vivo Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version