Site icon TechNave BM

vivo X100 Ultra bakal jadi telefon pintar dengan kamera profesional

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif vivo membuat pengumuman yang cukup menarik tentang vivo X100 Ultra. vivo sedang menghasilkan telefon pintar baharu yang mempunyai ciri kamera profesional. Pengumuman itu dibuat di Weibo untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan besar mereka terhadap telefon yang akan datang.

Selain itu, vivo X100 Ultra turut diberi nama kod Thanos dan ia boleh dilancarkan di China sekitar bulan hadapan. Ia akan menjadi menarik untuk melihat apa yang mereka tawarkan kerana vivo memiliki rekod prestasi yang bagus dalam membuat telefon dengan kamera yang baik.

Selain itu, telefon baharu itu dikhabarkan akan menampilkan Snapdragon 8 Gen 3 dengan kadar penyegaran skrin 120Hz, kamera utama 50MP menggunakan sensor Sony Lytia LYT-900, ultra lebar, telefoto dan kamera telefoto periskop 200MP.

Kami masih menantikan butiran lain atau tarikh keluaran Malaysia untuk vivo X100 Ultra. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version