Site icon TechNave BM

vivo X200 FE bakal dilancar Julai ini, miliki Dimensity 9300+ dan skrin LTPO OLED 6.31”

vivo dilaporkan bakal memperkenalkan sebuah peranti baharu dalam siri X dengan vivo X200 FE pada bulan Julai 2025. Model ini dijangka menjadi variasi mesra poket dalam siri X200 yang kini memfokus kepada prestasi dan fotografi berkelas flagship.

Menurut laporan, vivo X200 FE akan dikuasakan oleh cip pemproses MediaTek Dimensity 9300+ iaitu antara cipset berprestasi tinggi terkini di pasaran. Ini bakal menawarkan prestasi yang setanding dengan peranti andalan termasuk dalam permainan dan tugasan berat. Bahagian paparannya turut tidak dikompromi.

Peranti ini dilaporkan hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.31 inci beresolusi 1.5K yang memberikan kadar penyegaran adaptif yang menjimatkan tenaga dan tatalan yang lancar. Antara ciri menonjol pada vivo X200 FE ialah kapasiti bateri sebesar 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W.

vivo X200 FE dikatakan akan mengekalkan DNA siri X dengan kehadiran tetapan tiga kamera belakang bersama lensa Zeiss dan penarafan IP68/IP69 turut dijangka hadir. Setakat ini, maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan global masih belum diumumkan.

Namun, dengan pelancaran dijadualkan seawal Julai 2025 di India, kita mungkin akan melihat kemas kini rasmi dari vivo dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SmartPix

Exit mobile version