Site icon TechNave BM

vivo X200 FE dan vivo X Fold5 mungkin dilancar Julai 2025

Untuk para peminat jenama teknologi vivo, syarikat teknologi China itu dikhabar akan melancarkan telefon pintar andalan baharu, vivo X200 FE, serta telefon lipat baharu, vivo X Fold5. Sebelum ini vivo X200 FE dikhabar akan dilancarkan pada bulan Julai 2025 dan kini terdapat maklumat baharu mengenai tarikh pelancaran yang spesifik.

Menurut sumber, kedua-dua vivo X200 FE dan vivo X Fold5 akan dilancar pada hari Khamis, 10 Julai 2025.

Buat masa ini, spesifikasi yang dikhabarkan untuk vivo X200 FE termasuklah skrin OLED 6.31 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar 120Hz, cipset MediaTek Dimensity 9300+ atau Dimensity 9400e, bateri 6,500mAh dengan kadar pengecasan 90W serta kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX921, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 3x dan kamera ultra-lebar 8MP.

Sementara itu, vivo X Fold5 dijangka akan mempunyai skrin lipat AMOLED berukuran 8.03 inci dengan resolusi 2K+ dan kadar segar semula 120Hz, skrin luaran OLED 6.53 inci dengan kadar 120Hz, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 90W.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX921, kamera ultra-lebar 50MP, kamera telefoto 50MP dengan zum optikal 3x dan dua kamera swafoto 32MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version