Site icon TechNave BM

vivo X50 Pro akan dilengkapi teknologi penstabilan imej seperti gimbal

Pada masa ini, vivo sedang bersiap untuk melancarkan siri telefon pintar terbaru, vivo X50, pada 1 Jun ini. Terbaru, syarikat tersebut telah berkongsi sebuah video pendek untuk menunjukkan teknologi penstabilan imej yang terdapat dalam vivo X50 Pro.

Dalam video tersebut, kantanya menunjukkan ciri-ciri gerakan seperti gimbal dan boleh bergerak seperti mata. Video itu juga menunjukkan tetapan empat kamera yang dilengkapi modul periskop untuk kebolehan zum optikal, jadi telefon pintar ini mungkin berada dalam kelas yang agak tinggi.

Menurut khabar, ia akan dilengkapi skrin FHD+ AMOLED berukuran 6.56 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Siri X50 ini terdiri daripada X50, X50E, X50 Lite dan X50 Pro. Tidak banyak maklumat tentang peranti ini buat masa ini namun lebih banyak berita dipercayai akan muncul dengan tarikh pelancarannya yang semakin hampir.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X50 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version