Site icon TechNave BM

vivo X60 bakal dilancar untuk pasaran Malaysia, mungkin dilengkapi Snapdragon 870

vivo X60 yang dilengkapi cipset Exynos 1080 telah pun dilancarkan untuk pasaran China pada Disember 2020, dan kini vivo Malaysia telah mengesahkan pelancaran telefon tersebut untuk pasaran negara kita.

Mereka tidak memberikan tarikh spesifik namun biasanya pengumuman sebegini dilakukan tidak lama sebelum pelancaran rasmi, jadi telefon itu mungkin akan dilancar pada bulan ini.

Siri vivo X60 terdiri daripada vivo X60 dan vivo X60 Pro. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan besar di antara pasaran China dengan antarabangsa di mana telefon itu mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 870 untuk pasaran antarabangsa.

Selain perbezaan cipset, spesifikasi lain dijangka akan kekal sama termasuklah empat kamera termasuk kamera utama 48MP dengan sensor Sony IM598 dan optik Zeiss, pengecasan pantas 33W, skrin 120Hz, bateri 4,300mAh, RAM 12GB dan storan 256GB.

Sebagai rujukan, vivo X50 sebelum ini telah dilancar dengan harga RM2,399 jadi kita mungkin boleh jangkakan harga sama untuk vivo X60. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version