Site icon TechNave BM

vivo X60 dan X60 Pro dijangka akan dilengkapi cipset Exynos 1080, mungkin berharga ~RM2,180

Samsung bakal melancarkan cipset Exynos 1080 pada 12 November (hari ini) di China dan kini media melaporkan bahawa jenama telefon pertama yang akan dilengkapi cipset tersebut adalah vivo. Menurut sumber, dua telefon vivo mungkin akan dilengkapi cipset Exynos 1080 iaitu vivo X60 dan vivo X60 Pro.

Harga telefon tersebut juga mungkin bermula dengan CN¥3,500 (~RM2,180), meletakkannya setaraf dengan OPPO Reno5 Pro. Maklumat cipset ini adalah sesuatu yang boleh dijangkakan kerana sebelum ini, siri vivo X30 dilengkapi dengan cipset Exynos 980.

Cipset Exynos 1080 yang dibuat dengan proses 5nm akan dilengkapi teras CPU Cortex-A78 dan GPU Mali G78. Ujian penanda aras awal mendapati ia mempunyai prestasi yang lebih pantas berbanding Snapdragon 865 Plus.

Perlu diingat bahawa maklumat ini bukanlah maklumat rasmi daripada vivo. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo X60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version