Site icon TechNave BM

vivo X60 Pro+ bakal dilancar di China 21 Januari ini, dijangka hadir dengan Snapdragon 888, cas pantas 55W

Pada 29 Disember yang lalu, vivo telah melancarkan dua model dari siri telefon andalannya iaitu vivo X60 dan vivo X60 Pro. Kemudiannya, vivo umumkan sebuah model lagi dalam siri vivo X60, vivo X60 Pro+ akan dilancarkan pada bulan Januari.

Namun, spesifikasi dan harga untuk model Pro+ itu masih belum lagi diberitahu. Terbaru, vivo menyatakan secara rasmi di media sosialnya bahawa vivo X60 Pro+ akan dilancarkan pada 7.30 petang di China 21 Januari ini.

vivo X60 Pro+ dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 888, berbeza dengan cipset Exynos 1080 yang digunakan pada model yang lain. Selain itu, ia juga dikatakan akan hadir dengan dua pilihan RAM (8GB/12GB) dengan storan 128GB atau 256GB. Untuk warna pula, ia akan ditawarkan dengan dua pilihan warna, Deep Ocean Blue dan Classic Orange.

Imej janaan komputer vivo X60 Pro+

vivo X60 Pro+ dijangka akan kekalkan skrin AMOLED 6.56 inci yang digunakan pada peranti vivo X60 dan X60 Pro. Ia juga akan hadir dengan resolusi Full HD+, kadar segar semula 120Hz bersama sensor cap jari bawah skrin.

Tambahan lagi, ia dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas 55W serta mempunyai kebolehan kamera yang lebih baik dari model siri X60 yang lain.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version