Site icon TechNave BM

vivo X60 Pro Plus dilancar: Kamera 48MP Sony IMX598 + GN1 Samsung 50MP, bermula ~RM3,117

Semalam, vivo X60 Pro+ telah dilancar secara rasmi di pasaran China. Setakat ini, kami masih tidak mengetahui jika ia bakal dilancar di pasaran Malaysia. Namun, ia dilancar di China pada harga bermula 4998 Yuan (~RM3,117).

Seperti yang dilapor, vivo X60 Pro+ adalah peranti andalan dengan cipset Snapdragon 888 dan beberapa ciri kamera mantap. Peranti ini dilengkapi sistem kamera kuad yang terdiri daripada; lensa Sony IMX598 48MP dengan jarak fokus 14mm, lensa Samsung GN1 50MP, 32MP lensa Portrait profesional dan 8MP lensa periskop yang berupaya menyokong 60x Super Zoom.

vivo X60 Pro+ yang hadir sebagai telefon andalan berfokuskan prestasi kamera ini boleh didapati dengan harga 4998 Yuan (~RM3,117) untuk varian 8GB+128GB dan 5998 Yuan (~RM3,743) untuk varian 12GB+256GB.

Adakah anda berminat sekiranya ia hadir di pasaran Malaysia, atau vivo X60 sudah memadai? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version