Site icon TechNave BM

vivo X60s 5G muncul di Geekbench, dijangka bakal mempunyai cipset Snapdragon 765

Baru sahaja vivo X50 dilancarkan di China pada minggu lalu, kini syarikat itu sedang bersedia untuk model vivo X seterusnya, iaitu vivo X60s 5G. Menurut suber, sebuah peranti bernama “vivo vivo 2006” telah ditemui di Geekbench baru-baru ini yang menunjukkan spesifikasi awal vivo X60s 5G.

Berdasarkan Geekbench, ia bakal mempunyai cipset Snapdragon 765, RAM 8GB dan sistem operasi Android 10. Selain itu, sebuah pengiktirafan Bluetooth dalam portal Bluetooth SIG juga meletakkan “V2006” sebagai vivo X60s 5G.

Masih banyak lagi yang tidak diketahui tentang peranti ini, namun kita boleh jangkakan bahawa ia tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat memandangkan X50 baru sahaja diumumkan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version