Site icon TechNave BM

vivo X60t Pro muncul di pensijilan 3C dengan cas pantas 33W!

Buat masa ini, telefon pintar siri vivo X60 terdiri daripada 4 model berbeza iaitu vivo X60, X60 Pro, X60 Pro+ dan X60t. Namun begitu, vivo bercadang untuk menambah satu lagi model untuk siri ini iaitu vivo X60t Pro. Terbaru, ia telah muncul di pensijilan 3C.

Berdasarkan penyenaraian 3C, vivo X60t Pro hadir dengan nombor model V2120A dan ianya dilihat menyokong pengecasan pantas 33W dan juga jaringan 5G, sama seperti X60t. Penyenaraian ini tidak menunjukkan spesifikasi lain peranti ini, tetapi ia dijangka akan menggunakan cipset Mediatek Dimensity 1200.

Dengan nama “Pro”, peranti ini mungkin hadir dengan beberapa penambahbaikan berbanding vivo X60t. vivo X60t hadir dengan cipset Dimensity 1100, perisian OriginOS dan RAM 8GB serta storan 128GB.

Selain itu, X60t dilengkapi skrin 6.56 inci FullHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga mempunyai sensor cap jari bawah skrin dan batery 4,300mAh. Untuk kamera, ia menggunakan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 13MP, kamera potrait 13MP dan kamera swafoto 32MP.

Nantikan berita lanjut mengenai vivo X60t Pro ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version