Site icon TechNave BM

vivo X70 dilancar di Malaysia: Kamera ZEISS, penstabilan gimbal, Dimensity 1200 bermula RM2,499

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru iaitu vivo X70 yang terdiri daripada vivo X70 5G dan vivo X70 Pro 5G. Seperti dalam siri vivo X60 sebelum ini, vivo X70 dilengkapi sistem kamera yang dibina bersama syarikat lensa ZEISS untuk menghasilkan efek fotografi yang sangat unik.

Kamera vivo X70 mempunyai pengiktirafan ZEISS T* Coating bagi mengurangkan efek sinaran cahaya (lens flare) yang tidak diingini dalam setiap gambar. Selain itu, pengguna juga boleh mengambil gambar potret dengan mod ZEISS Style Portrait untuk efek lensa ZEISS unik seperti Biotar, Distagon, Planar dan Sonnar.

Kamera vivo X70 juga dilengkapi mempunyai penstabilan gimbal lima paksi untuk rakaman yang lebih stabil serta butiran gambar yang lebih jelas. Untuk penggambaran malap pula, ia mempunyai fungsi Extreme Night Vision dan Super Night Video bagi memudahkan penggambaran dalam situasi cahaya rendah.

Selain itu, ia turut dilengkapi Pro Cinematic Mode yang membenarkan pengguna untuk mengubah jarak fokal, tahap audio dan waveform sewaktu merekod video. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri vivo X70:

vivo X70 5G

vivo X70 Pro 5G

vivo Malaysia akan menganjurkan promosi pra-tempahan bermula hari ini sehingga 1 Oktober 2021 di mana setiap pembelian akan disertakan dengan pembesar suara Bluetooth, langganan VIU TV, waranti setahun dan perlindungan skrin setahun. Pra-tempahan boleh dibuat di laman web vivo Malaysia, Lazada atau Shopee.

Pembeli vivo X70 juga boleh membeli fon telinga wayarles vivo TWS 2e atau vivo TWS 2 ANC dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran. vivo TWS 2e boleh dibeli pada harga RM68 (harga asal RM269) manakala vivo TWS 2 ANC pada harga RM98 (harga asal RM369).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo X70 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version