Site icon TechNave BM

vivo Y01 dilancar: Dilengkapi Helio P35, IPS 6.51″ dan bateri 5,000mAh

Januari lalu, terdapat maklumat mengenai kemunculan telefon peringkat permulaan vivo Y01 yang mendedahkan reka bentuk, spesifikasi dan juga harganya. Kini, selepas hampir 2 bulan, telefon ini secara senyap-senyap dilancarkan secara rasmi di pelbagai pasaran.

vivo Y01 hadir dengan binaan plastik yang menampilkan paparan takuk titisan air (waterdrop) LCD IPS 6.51 inci dengan HD+ beresolusi 1600 x 720 piksel. Reka bentuk belakangnya serupa dengan vivo Y15s yang dilancarkan pada Januari tahun ini. Peranti ini mempunyai ukuran badan 163.96 x 75.2 x 8.28mm dan berat 178 gram.

Ia dilengkapi kamera tunggal 8MP di belakang dengan apertur f/2.0 dan denyar LED di bawah lensa kamera serta kamera swafoto 5MP dengan apertur f/2.2. Peranti ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio P35 yang dipasangkan dengan RAM 2GB/3GB, storan dalaman 32GB dan slot kad mikroSD untuk storan tambahan.

Spesifikasi lain ialah baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 10W, Android 11 Go Edition, antara muka Funtouch OS 11.1, port mikro-USB untuk mengecas dan menyokong Bluetooth v5.0 serta Wi-Fi 2.4GHz/5GHz. Telefon bimbit ini menyokong dwi-SIM dan mempunyai sambungan 4G.

Harga peranti itu masih belum diumumkan secara rasmi, namun ia tersedia dalam warna Sapphire Blue and Elegant Black. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version