Site icon TechNave BM

vivo Y02 dilancar: Cipset Helio P22, skrin LCD 6.51″ dan bateri 5,000mAh bermula ~RM429

vivo telah melancarkan telefon peringkat permulaan baharu di Indonesia yang dipanggil vivo Y02 sebagai pengganti kepada vivo Y01. vivo Y02 menampilkan paparan takuk titisan air LCD IPS 6.51 inci yang menghasilkan resolusi HD+ 720 x 1600 piksel dan nisbah bidang 20:9. 

Di bahagian hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 5MP manakala di bahgian belakangnya terdapat pulau kamera yang mempunyai modul berbentuk bulat menempatkan kamera 8MP dan flash LED.

Penyenaraian rasmi mengatakan bahawa vivo Y02 dikuasakan oleh cipset lapan teras, tetapi maklumat beberapa hari lalu menunjukkan bahawa ia dikuasakan oleh cip Helio P22.

Ia membawa RAM 2GB /3GB dan storan 32GB yang boleh dikembangkan dengan slot kad mikroSD. Ia menempatkan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 10W melalui microUSB 2.0.

Telefon peringkat permulaan ini menggunakan Android 12 (edisi Go). Ia menawarkan ciri lain seperti dwi SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi dwijalur, Bluetooth 5.0, GPS dan bicu audio 3.5mm. Ia tidak mempunyai pengimbas cap jari. Peranti ini berukuran 163.99 x 75.63 x 8.49mm dan berat sekitar 186 gram.

vivo Y02 berharga IDR 1,499,000 (~RM429) dalam warna Orchid Blue dan Cosmic Grey. Peranti ini dijangka dikeluarkan di pasaran Asia lain termasuk dalam beberapa hari lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version