Site icon TechNave BM

vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan hitam. Kini vivo akan melancarkan warna baharu untuk telefon tersebut iaitu oren Orange Leather.

Seperti varian ungu sebelum ini, vivo Y100 5G Orang Leather mempunyai permukaan belakang yang dibuat daripada kulit lembut untuk penampilan yang premium dan genggaman selesa.

vivo Malaysia masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pelancaran warna baharu ini, namun besar kemungkinan ia akan dijual pada harga yang sama iaitu RM1,199. Antara fungsi yang menarik untuk telefon ini termasuklah skrin AMOLED FullHD+ 120Hz, pengecasan pantas 80W dan bateri besar 5,000mAh.

vivo Y100 5G dalam warna ungu yang dilancar pada Februari lalu

Anda boleh baca maklumat penuh mengenai vivo Y100 5G dalam artikel ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version