Site icon TechNave BM

vivo Y100 5G dalam warna oren dilancar di Malaysia, berharga RM1,199

Selepas vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu, kini telefon itu ditawarkan dalam satu varian warna baharu iaitu jingga Orange Leather.

Seperti pilihan warna ungu sebelum ini, varian Orange Leather mempunyai permukaan belakang yang dibuat daripada kulit untuk penampilan yang lebih premium. Sungguh pun begitu, warna oren ini mempunyai hiasan yang baharu iaitu beberapa corak garisan melintang yang membuatkannya nampak seperti kulit pada beg tangan.

Selain penampilan baharu, vivo Y100 5G ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti varian warna lain. Antara spesifikasi yang menarik termasuklah skrin AMOLED 6.67 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar 120Hz, dwi-kamera 50MP+8MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 80W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y100 5G:

vivo Y100 5G akan dijual pada harga RM1,199. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan warna ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version