Site icon TechNave BM

vivo Y12s dilancar di Malaysia: MediaTek Helio P35, bateri 5000mAh berharga RM499

Terkini, vivo telah mengumumkan sebuah peranti kelas permulaan dengan bateri besar, vivo Y12s di pasaran Malaysia. vivo Y12s boleh mula didapati bermula sekarang pada harga RM499.

Antara spesifikasi menarik pada peranti kelas permulaan ini adalah bateri berkapasiti 5000mAh. Ia juga memiliki sensor cap jari di sisi peranti yang biasanya hanya hadir pada peranti kelas pertengahan sahaja. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah atau spesifikasi lanjut di pautan ini.

Untuk mendapatkannya, anda boleh mengunjungi laman vivo E-store, Lazada atau Shopee. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version