Site icon TechNave BM

vivo Y15 2020 dikeluarkan di Malaysia: Bateri 5000mAh dan kamera utama 16MP bermula dengan harga RM599

vivo secara rasminya telah mengumumkan vivo Y15 2020 yang boleh didapatkan di Malaysia bermula pada 23 Disember 2019 dengan harga RM599. Kepada yang berminat untuk mendapatkan peranti pintar berpatutan ini, anda boleh mengunjungi laman web rasmi vivo, kedai konsep, rakan kongsi yang disahkan, Lazada atau Shopee.

Mengenai ciri teknologi, vivo Y15 2020 dilengkapi cipset MediaTek P22, RAM 4GB, ROM 64GB dan paparan 6.35 inci dengan resolusi skrin 720 x 1544 piksel. Berkenaan kamera, peranti memiliki tetapan kamera belakang 13MP + 8MP + 2MP dan kamera selfie berhadapan 16MP. Akhir sekali, vivo Y15 hadir dengan bateri 5000mAh yang mempunyai teknologi penjimatan kuasa.

Dengan semua yang diperkatakan tentang vivo Y15, adakah anda berminat untuk mendapatkan peranti pintar ini? Beritahu kami di laman Facebook dan untuk kemas kini seperti ini yang selanjutnya, nantikan di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version