Site icon TechNave BM

vivo Y15S dilancar: Helio P35, skrin 6.51″ dan bateri 5,000mAh berharga ~RM620

vivo mungkin fokus dengan rancangan untuk menghasilkan barisan tablet baharu tetapi itu tidak menghalangnya daripada membawa pesaing baharu dalam telefon kelas pertengahan. Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, jenama itu mengembangkan siri-Ynya dengan melancarkan vivo Y15s.

Telefon bimbit ini dilengkapi dengan cipset Octa-Core, reka bentuk takuk titisan air dan bateri yang besar. vivo Y15s menggunakan paparan LCD IPS 6.51 inci dengan reka bentuk takuk titisan air. Sebagai telefon pintar peringkat permulaan, ia hanya mempunyai resolusi HD+ dengan resolusi 1,600 x 720 piksel dan kadar segar semula 60 Hz serta kamera swafoto 8MP.

Belakangnya terdapat dwi-kamera dengan kamera utama 13MP dan makro 2MP. Ia dikuasakan cipset MediaTek Helio P35, RAM 3GB dan 32GB storan dalaman namun boleh dikembangkan dengan slot kad SD mikro. vivo Y15s beroperasi menggunakan Android 11 Go Edition dengan FunTouch OS 11.1.

Baterinya berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Malangnya, telefon ini dilengkapi dengan port USB-A. Ciri lainnya ialah slot kad dwi-SIM, 4G LTE, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.0 dan bicu fon kepala 3.5 mm.

vivo Y15s tersedia dalam varian tunggal dengan RAM 3GB dan 32GB storan dalaman. Ia berharga INR 10,990 (~RM620). Ia tersedia dalam dua warna iaitu Mystic Blue dan Wave Green.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version