Site icon TechNave BM

vivo Y17s dilancar di Malaysia: Helio G85, skrin LCD IPS 6.56″ dan bateri 5,000mAh berharga RM599

vivo Y17s telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia membawa harga RM599. Telefon pintar ini mempunyai skrin LCD IPS 6.56 inci dengan resolusi HD+, menyokong kadar penyegaran semula 60Hz dan kecerahan puncak 480nits.

Daripada segi prestasi, ia dikuasakan oleh cipset Helio G85, RAM LPDDR4X 6GB dan storan 128GB. Di bahagian hadapan, terdapat kamera utama 50MP + 2MP manakala kamera swafotonya membawa sensor 8MP yang ditematpkan dalam takuk kecil.

Baterinya berkapasiti besar iaitu 5,000mAh, sama dengan telefon yang jauh lebih mahal dan menjanjikan tontonan video YouTube selama 19.67 jam. Ia juga menyokong kadar pengecasan pantas 15W.

Spesifikasi lain termasuk bicu audio 3.5mm, kalis air IP54, sambungan Bluetooth 5.3 dan port USB-C. Ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Glitter Purple dan Forest Green. Bagi mereka yang berminat, anda boleh dapatkannya di kedai rasmi vivo berdekatan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook vivo

Exit mobile version