Site icon TechNave BM

vivo Y18 dilancar di Malaysia: Helio G85, RAM 8GB dan bateri 5,000mAh berharga RM599

vivo telah melancarkan vivo Y18 baharu di pasaran Malaysia secara senya-senyap membawa harga RM599. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa spesifikasi dan ciri yang menarik sambil mengekalkan harga yang berpatutan. 

vivo Y18 dilengkapi cipset MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB. Selain itu, ia menampilkan panel LCD 6.56 inci yang menawarkan resolusi HD+, pensijilan TUV Rheinland dan 840 nits kecerahan puncak. Walaupun ia datang dengan resolusi yang rendah, telefon ini melengkapkan perincian dengan skrin kadar segar semula 90Hz.

Dengan dua pilihan warna iaitu Mocha Brown dan Wave Aqua, telefon ini dwi kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP + 0.08MP manakala kamera swafotonya menampilkan sensor 8MP. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 15W yang cukup bagus sebagai peranti kelas permulaan.

Beriku adalah spesifikasi ringkas vivo Y18:

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo

Exit mobile version