vivo memperkenalkan satu lagi telefon baharu dalam siri mampu milik vivo Y iaitu vivo Y19 5G. Telefon ini dilengkapi skrin LCD berukuran 6.74 inci dengan resolusi 720×1600 dan kadar segar semula 90Hz, sesuai dengan harganya yang mampu milik.
Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Dimensity 6300, sistem operasi Android 15, bateri 5,500mAh dan kadar pengecaan 15W. Ia mempunyai ukuran 167.3 x 76.95 x 8.19mm dan berat 199 gram dan turut mempunyai rating kalis air IP64.
Untuk fotografi, kameranya terdiri daripada kamera utama 13MP+0.08MP serta kamera hadapan 5MP. Ia turut mempunyai beberapa fungsi suntingan gambar berdasarkan AI, seperti AI Erase, AI Photo Enhance dan AI Documents.
vivo V19 5G akan dijual dalam pasaran India pada harga bermula INR10,499 (~RM530) untuk varian memoeri 4GB+64GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya untuk pasaran Malaysia.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: vivo India

