Site icon TechNave BM

vivo Y1s dilancar: Skrin 6.22 inci, cipset Helio P35, bateri 4,030mAh berharga ~RM457

vivo baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan vivo Y1s di Kemboja. Telefon ini dilengkapi dengan skrin LCD Halo FullView 6.22 inci, bateri 4,030mAh dan dijual pada harga US$109 (~RM457).

Selain spesifikasi di atas, ia dilengkapi cipset Helio P35, RAM 2GB, storan dalaman 32GB, kamera belakang 13MP f/2.2 dan kamera swafoto 5MP f/1.8. Daripada segi sistem operasi, vivo Y1s dijana oleh FunTouch OS 10.5 berdasarkan Android 10. Di Kemboja, ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu biru Aurora Blue dan hitam Olive Black.

Memandangkan ia sudah dipasarkan di Kemboja, mungkin ia akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version