Site icon TechNave BM

vivo Y20 (2021) dilancar di Malaysia: Helio P35, tiga kamera, bateri 5,000mAh berharga RM599

vivo Malaysia telah melancarkan telefon kelas pertengahan vivo Y20 (2021), hanya empat bulan selepas mereka melancarkan vivo Y20 pada bulan September. Varian terbaru yang berharga RM599 ini memiliki spesifikasi yang serupa dengan vivo Y20, kecuali pada cipset, pengecasan dan sistem operasi.

vivo Y20 (2021) dilengkapi cipset MediaTek Helio P35, berlainan dengan vivo Y20 yang dilengkapi Snapdragon 460. Selain itu, ia juga dilengkapi sistem operasi Funtouch OS 11 berdasarkan Android 11 sebaik sahaja ia keluar daripada kotak.

Namun, satu aspek yang diturunkan dalam vivo Y20 (2021) adalah daripada segi pengecasan, di mana ia berkadar 10W sahaja iaitu lebih rendah daripada 18W dalam vivo Y20. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y20 (2021):

Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version