Site icon TechNave BM

vivo Y20 bakal dilancarkan dengan cipset Snapdragon 460 tidak lama lagi

Pada hujung tahun lepas, vivo telah melancarkan telefon segmen pertengahan mereka iaitu vivo Y19 dan kini, sekuel untuk vivo Y19 yang diberi nama vivo Y20 telah dikesan di pengkalan data pensijilan Indonesia. Dalam penyenaraian ini, vivo Y20 menggunakan nombor model V2027.

Peranti ini dikatakan akan menggunakan sistem Android 10 dengan cipset Snapdragon 460 yang mempunyai clock speed 1.8GHz serta saiz RAM 4GB. Ia juga telah muncul di laman web penanda aras Geekbench dengan skor teras tunggal 252 dan skor pebagai teras 1239.

vivo Y19 sebelum ini hadir dengan skrin FHD+ saiz 6.53 inci dengan kamera swafoto 16MP. Ia juga hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 16MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Selain itu, ia menggunakan cipset Mediatek P65 serta saiz bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

vivo Y20 dijangka akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan vivo Y19 yang lepas. Kongsikan pendapat anda tentang cipset vivo Y20 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version