Site icon TechNave BM

vivo Y20 diumum di Malaysia: Snapdragon 460, 3 kamera, 5000mAh berharga RM599

Terkini, vivo telah mengumumkan peranti kelas permulaan terbarunya di pasaran Malaysia, vivo Y20. Menambah kepada keluarga siri Y, vivo Y20 hadir dengan spesifikasi yang baik untuk segmen peranti kelas permulaan.

Untuk pengetahuan anda, harga yang diperkenalkan untuk vivo Y20 adalah RM599 sahaja. Dengan penawaran harga sebegini, anda akan mendapat sebuah peranti janaan cipset kelas permulaan yang diumumkan pada awal tahun ini (Snapdragon 460) dan bateri besar berkapasiti 5000mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi asas seperti di bawah.

Untuk mendapatkannya, anda boleh ke laman rasmi vivo, pengedar sah, Lazada dan Shopee rasmi.

Adakah anda akan membelinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version