Site icon TechNave BM

vivo Y200e 5G akan dilancar pada 22 Februari 2024

vivo akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y200e 5G pada hari Khamis, 22 Februari 2024 di India. Perkara tersebut dimaklumkan melalui sebuah poster yang menunjukkan rekaan serta pilihan warna peranti tersebut.

vivo Y200e 5G akan ditawarkan dalam pilihan warna jingga Saffron Delight serta warna hitam. Menariknya, varian warna jingga itu dibuat dengan sudahan kulit Eco-Fibre Leather yang telah menjalani pelbagai ujian ketahanan untuk mutu tertinggi.

vivo juga mengatakan sebarang kesan kotor seperti wain merah, kopi dan cecair buah-buahan boleh dilap dan dihilangkan walaupun selepas 24 jam. Sementara itu, spesifikasi dalamannya masih belum diumumkan, selain daripada skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Buat masa ini, kali terakhir vivo Malaysia melancarkan telefon dalam siri vivo Y adalah vivo Y27s yang berharga RM799.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon vivo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo

Exit mobile version