Site icon TechNave BM

vivo Y20G dilancar: Helio G80, bateri 5,000mAh, tiga kamera bermula ~RM829

vivo telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru dalam siri Y20 iaitu vivo Y20G. Telefon ini dilengkapi cipset Helio G80, RAM 6GB serta storan dalaman 120GB yang boleh dibesarkan dengan microSD sehingga 1TB.

vivo Y20G mempunyai skrin LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi HD+ yang turut mempunyai takuk berbentuk titisan air di bahagian atas, menempatkan kamera swafoto 8MP. Daripada segi kamera pula, ia terdiri daripada tiga iaitu kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Seperti kebanyakan telefon pintar kelas permulaan, ia mempunyai bateri besar iaitu 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W. Ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi, namun pelanggan mungkin akan kecewa dengan port micro USB.

vivo Y20G dijual dalam pasaran India dengan harga INR14,990 (~RM829). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia, namun kita boleh menjangkakannya tidak lama lagi kerana pelbagai siri vivo Y20 sudah pun terdapat di sini seperti Y20 (2020), Y20s dan Y20 (2021).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan vivo Y20G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo India

Exit mobile version