Site icon TechNave BM

vivo Y20s G akan dilancar di Malaysia 3 Mei ini secara dalam talian, dilengkapi cipset Helio G80

Beberapa hari lalu, vivo telah melancarkan telefon kelas pertengahan mereka, vivo Y20s G di Filipina. Kini, peranti tersebut telah muncul di Facebook vivo Malaysia dan ianya dilihat bakal masuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Mengikut vivo, vivo Y20s G akan dilancarkan pada 3 Mei ini dan hanya dijual di dalam talian sahaja. Anda boleh membeli peranti ini di laman web rasmi vivo Malaysia atau di kedai dalam talian Lazada dan Shopee.

Buat masa ini, tiada lagi harga rasmi vivo y20s G di Malaysia. Mengikut harganya di Filipina, ia mungkin akan dijual pada tanda harga sekitar ~RM899.

vivo Y20s G dilengkapi cipset Mediatek Helio G80 yang cukup sesuai untuk bermain game dengan lancar. Ia digabungkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Baterinya adalah sebesar 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Skrin peranti ini adalah sebesar 6.51 inci LCD yang menempatkan kamera swafoto 8MP. Pada bahagian belakang, ia hadir dengan tiga kamera dengan kamera utama 13MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP.

Nantikan harga rasmi peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version