Site icon TechNave BM

vivo Y20s G dilancar: Cipset Helio G80, bateri 5,000mAh, tiga kamera bermula RM699

vivo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru iaitu vivo Y20s G yang akan dijual pada harga promosi RM699 untuk waktu terhad. Telefon ini dilengkapi cipset MediaTek Helio G80 dengan kelajuan clock 2.0GHz yang mampu memainkan pelbagai game popular dengan baik.

Ia turut dilengkapi AI Triple Macro Camera yang terdiri daripada kamera utama 13MP f/2.2 dengan autofokus PDAF, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro. Di hadapan, ia dilengkapi skrin Halo FullView berukuran 6.51 inci dalam resolusi HD+ (1600×720).

Daripada segi perisian, ia dilengkapi HyperEngine Game Technology untuk menjana prestasi yang lebih tinggi sewaktu bermain game, terutamanya dengan Esports Mode. Selain itu, telefon ini dilengkapi Multi-Turbo 3.0 yang mengesan aplikasi bermasalah dan mematikannya untuk prestasi telefon yang lebih pantas dan fungsi AI yang lebih lancar.

vivo Y20s G dilengkapi bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W, di mana vivo mengatakan ia boleh cas sehingga 70% dalam masa 69 minit sahaja. Ia turut menyokong pengecasan berbalik 5V/1A untuk mengecas peranti lain.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk vivo Y20s G:

vivo Y20s G akan dijual pada harga istimewa RM699 sahaja bermula 3 Mei hingga 16 Mei dan pelanggan bertuah akan membawa pulang fon telinga wayarles bernilai RM59. Sempena kempen Hati Rapat, Raya Berkat oleh vivo Malaysia, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM68,888 setiap kali mereka membeli produk vivo.

Layari laman web vivo E-Store, Shopee atau Lazada untuk maklumat lanjut tentang pembelian telefon vivo Y20s G. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version