Site icon TechNave BM

vivo Y20s [G] dilancar: Helio G80, skrin 6.51 inci, bateri 5,000mAh berharga ~RM845

Selepas melancarkan pelbagai telefon dalam siri Y20 sejak tahun lepas, vivo kini melancarkan sebuah lagi varian dalam siri tersebut iaitu vivo Y20s [G]. Telefon kelas permulaan ini telah mula dijual di Filipina dengan harga PHP9,900 (~RM845).

Ia mempunyai skrin LCD 6.51 inci HD+ yang sama dengan telefon pintar vivo Y20 yang lain. Untuk spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G80, RAM 6GB, storan dalaman 128GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W.

Daripada segi kamera, vivo Y20s [G] dilengkapi kamera utama 13MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP manakala kamera swafoto pula adalah kamera 8MP. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam Obsidian Black dan biru Purist Blue.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Setakat ini, vivo Y20 telah pun dilancar di Malaysia pada Disember 2020 di mana ia dilengkapi cipset Helio P35 dan dijual pada harga RM599, manakala vivo Y20s pula dilengkapi cipset Snapdragon 460 dan berharga RM899.

Kongsi pendapat anda tentang telefon ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version