Site icon TechNave BM

vivo Y20s hadir di Malaysia: Bateri 5,000mAh dengan cas pantas 18W, Snadragon 460, berharga RM899

Pada hari ini, vivo Malaysia telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru mereka iaitu vivo Y20s. vivo Y20s kini mula tersedia di semua kedai konsep vivo dan peniaga sah vivo. vivo Y20s ini juga boleh didapati di kedai dalam talian E-store, Lazada dan Shopee.

vivo Y20s hadir dengan bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W. Ia juga dilengkapi pengesan cap jari di sisi telefon, skrin LCD 6.51 inci HD+ Halo FullView dan teknologi Face Wake yang menawarkan akses pantas untuk pengguna membuka kunci telefon ini.

Selain itu, Y20s datang dengan satu kamera swafoto 8MP dan tiga kamera AI pada bahagian belakang dengan konfigurasi kamera utama 13MP + kamera bokeh 2MP + kamera makro 2MP. Telefon ini dikuasai oleh cipset Snapdragon 460 yang juga hadir dengan teknologi Multi-Turbo 3.0 dan mod Ultra Game untuk prestasi gaming yang lebih lancar.

vivo Y20s ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Obsidian Black (Hitam) dan Purist Blue (reka bentuk badan jenis matte biru). Ianya dijual pada tanda harga RM899 (RAM 8GB + storan 128GB) bermula 5 Disember ini. Pelanggan yang membeli vivo Y20s antara 5-13 Disember ini akan mendapat waranti tambahan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun (berharga RM149).

Nantikan berita terbaru mengenai peranti vivo di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version