Site icon TechNave BM

vivo Y20T dilancar: Miliki SD 662, skrin 6.51″ dan bateri 5,000mAh

vivo terkenal dengan penghasilan telefon pintar yang menyediakan kamera premium dalam siri X dan juga peranti yang menarik di bawah jenama iQOO. Segmen telefon kelas pertengahan vivo biasanya terdiri daripada siri-V dan siri-Y.

Hari ini, vivo memperkenalkan peranti baharu untuk siri-Y yang diberi nama vivo Y20T. Ia mempunyai ciri Extended RAM 2.0 yang merupakan teknologi ikonik syarikatnya. Fungsi ini diperkenalkan pada siri X60 premium dan telah muncul di beberapa peranti sejak daripada itu.

vivo Y20T mempunyai spesifikasi Snapdragon 662, RAM 6GB, teknologi pengembangan RAM sehingga 1GB dan paparan skrin HD+ Halo 6.51 inci. Telefon pintar ini mempunyai reka bentuk waterdrop di bahagian atas skrinnya yang memuatkan kamera swafoto 8MP. Selain itu, terdapat pengimbas cap jari yang dipasang pada butang kuasa.

Y20T hadir dengan tiga kamera iaitu kamera utama 13 MP, potrait 2 MP dan makro 2 MP. Daripada segi kesambungan, telefon ini dilengkapi dengan 4G VoLTE, Wi-Fi dwi-jalur, Bluetooth 5.0, GPS dan port mikroUSB untuk pengecasan dan pemindahan data. Y20T mempunyai kapasiti bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18 W.

vivo mengatakan bahawa vivo Y20T yang menggunakan AI dapat bertahan selama 20 jam sambil menonton video HD dan 8 jam gaming dengan sekali pengecasan penuh. Ia juga menyokong pengecasan berbalik.

vivo Y20T menggunakan sistem operasi Android 11 dengan paparan antara muka Funtouch OS 11.1. Ia mempunyai beberapa pilihan mod permainan untuk meningkatkan pengalaman gaming yang sempurna. Antara pilihan mod gaming tersebut ialah Multi Turbo 5.0, Permainan Ultra, Esports, Getaran Permainan 4D, Game Picture-in-Picture dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version