Site icon TechNave BM

vivo Y21e dilancar: Snapdragon 680, bateri 5,000mAh, skrin 6.51″ berharga ~RM730

vivo telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru dalam siri Y21 di India iaitu vivo Y21e. Telefon ini mempunyai rekaan yang serupa dengan kebanyakan siri vivo Y dan ia mempunyai badan yang dibuat daripada plastik dengan ukuran 164.26×76.08x8mm.

vivo Y21e dilengkapi skrin LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi HD+. Daripada segi spesifikasi dalaman, ia mempunyai cipset Snapdragon 680, RAM 3GB yang boleh dibesarkan dengan RAM maya (virtual) sebanyak 500MB dan storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan sehingga 1TB dengan kad memori.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 13MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Baterinya pula mempunyai kapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui port USB-C.

Telefon ini mempunyai antara muka (UI) FuntouchOS 12, bicu audio 3.5mm serta ruang dwi-kad SIM nano. vivo V21e akan dijual pada harga INR12,990 (~RM730) dan setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Sebelum ini, vivo telah melancarkan telefon serupa seperti vivo Y21, vivo Y21s dan vivo Y21T. Kongsi pendapat anda tentang telefon vivo terbaru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: vivo India

Exit mobile version