Site icon TechNave BM

vivo Y21T dilancar: Snapdragon 680, skrin LCD 6.51″, bateri 5,000mAh berharga ~RM910

vivo telah melancarkan telefon pintar pertama mereka untuk tahun 2022 iaitu vivo Y21T di Indonesia. Ia menampilkan spesifikasi yang boleh dijangka oleh telefon kelas permulaan yang dilancar pada tahun ini seperti bateri besar dan skrin LCD.

vivo Y21T dilengkapi cipset Snapdragon 680, skrin LCD berukuran 6.51 inci dengan resolusi HD+, RAM 6GB, storan dalaman 128GB, bateri besar 5,000mAh serta pengecasan pantas 18W. Sistem operasinya adalah Funtouch OS 12 berdasarkan Android 11 dan ia menyokong fungsi RAM maya tambahan sebanyak 2GB.

Untuk fotografi pula, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP manakala di hadapan pula adalah kamera swafoto 8MP. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi, bicu audio 3.5mm dan ruang dwi-kad SIM yang turut mempunyai tempat untuk kad microSD sehingga 1TB.

Telefon ini dijual pada harga IDR3,099,000 (~RM910) di Indonesia dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Ia juga nampak seperti vivo Y33s yang telah dijenamakan semula serta mempunyai spesifikasi yang berbeza.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version